✿ New Entry ✿

08 April 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia


hot, drama,slot zehra, jumaat, tv3, meletup, Tiz Zaqyah (Syaf), Izzue Islam (Firash / Chad), Qi Qushairi (Haqimy), Uqasha Senrose (Rania), Azlee Khairi (Raimy), Fezrul Khan (Farish), Zuhairi Ibrahim (Datuk Fakhrul), Wilma (Datin Farizah), Marisa Yasmin (Aida), sebenarnya saya isteri dia
(◠‿◠) 

Nampak tak emoticon atas tu? Hehehe. Lepas tengok drama ni, mood sekarang adalah dalam mood jiwang karatz. Hahaha. Starting drama yang best! Berjaya buat nieza nak tengok lagi dan lagi! Alahai tak sabarnya nak tunggu Jumaat ni. Kenapa lah tayang sekali seminggu. Makin tak keruan jadinya. Huhu. Penangan betul!

hot, drama,slot zehra, jumaat, tv3, meletup, Tiz Zaqyah (Syaf), Izzue Islam (Firash / Chad), Qi Qushairi (Haqimy), Uqasha Senrose (Rania), Azlee Khairi (Raimy), Fezrul Khan (Farish), Zuhairi Ibrahim (Datuk Fakhrul), Wilma (Datin Farizah), Marisa Yasmin (Aida), sebenarnya saya isteri dia

Lagi korang rasa nak tengok if korang ada baca novel dia. Actually nieza tak baca pun lagi novel dia, nieza just baca online kat sini. Tak tau la sama ke tak dengan dalam novel? If siapa yang pernah baca novel "Sebenarnya Saya Isteri Dia", please komen. Same tak? Seriously lepas baca online ni, terasa sangat nak cari novel tu. Nak tau ending dia. Rasanya baca novel lagi feeling. Hehe.

Eh? Eh? Korang tak tengok lagi drama ni? Takpe, takpe. Drama ni baru tayang 2 episod. Ok jom baca dulu sinopsis cerita ni. 
Drama bersiri 13 episod terbitan Primeworks Studios ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alaudin dengan barisan pelakon popular tanahair seperti Tiz Zaqyah (Syaf), Izzue Islam (Firash / Chad), Qi Qushairi (Haqimy), Uqasha Senrose (Rania), Azlee Khairi (Raimy), Fezrul Khan (Farish), Zuhairi Ibrahim (Datuk Fakhrul), Wilma (Datin Farizah), Marisa Yasmin (Aida) dan ramai lagi.

Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu. Syaf tidak pernah terfikir bahawa jodohnya tertulis dengan Firash, adik kepada kekasihnya, Farish walhal Syaf dan Farish sudah merancang untuk ke jinjang pelamin.

Namun, satu peristiwa hitam telah mengubahkan segalanya.

Syaf, Farish dan Firash masing-masing dijemput hadir ke sebuah majlis sambutan harijadi oleh Raina dan Raimy. Raina dan Raimy telah merancangkan sesuatu untuk mendapatkan Syaf dan Firash tetapi akhirnya, Syaf dan Firash ditangkap tidur sebilik dalam keadaan yang mencurigakan.

Datin Farizah (Wilma) telah menasihati anaknya Firash untuk berkahwin dengan Syaf yang juga merupakan anak angkatnya. Farish amat kecewa dengan sikap Firash yang dituduh terlanjur dengan kekasihnya sehingga berlaku pergaduhan besar antara adik beradik. Firash pula menentang habis-habisan kerana tidak sanggup berkahwin pada usia 21 tahun tambahan pula Syaf lebih tua 4 tahun daripadanya.

Syaf bersetuju dengan cadangan ibu angkatnya demi menjaga maruah Datin Farizah dan tidak mahu hubungan dua adik beradik terjejas disebabkan oleh dia. Farish amat kecewa dengan keputusan Syaf yang bersetuju untuk berkahwin dengan Firash walaupun tidak ada rasa cinta. Syaf mengganggap dirinya sudah tidak suci dan tidak layak untuk Farish.

Perkahwinan antara Firash dan Syaf diteruskan juga tetapi dilakukan secara rahsia. Tiada ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai yang dikhabarkan dan dijemput termasuk ayah kandung Farish dan Firash, Datuk Fakhrul. Farish telah membawa diri kerana tidak sanggup kehilangan Syaf. Pada hari berlangsungnya akad nikah, Farish telah terlibat dengan kemalangan maut. Lebih memilukan hati Syaf apabila Firash telah melarang Syaf untuk datang ke majlis pengembumian Farish kerana tidak mahu status mereka diketahui ramai.

Kehidupan sebagai seorang isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Firash dan Syaf tinggal berasingan di rumah bujang masing-masing. Firash yang lebih dikenali sebagai Chad di kalangan rakan-rakannya meneruskan kehidupannya sebagai seorang pelajar universiti dalam jurusan kejuruteraan. Datin Farizah terpaksa ikut kehendak anaknya yang kurang matang itu dan berusaha untuk menyatukan Firash dan Syaf di bawah satu bumbung satu hari nanti.

Syaf kembali bekerja sebagai jurutera. Jarang sekali Firash dan Syaf berjumpa. Kalau bertemu, Firash sering melemparkan kata-kata sinis untuk menyakitkan hati Syaf manakala Syaf hanya menelan dan memendamkan dalam hatinya.

Suatu hari, Datin Farizah telah merancang kenduri arwah buat Farish yang akan diadakan di kampung mereka di Terengganu. Syaf dipelawa ikut bersama. Syaf hanya dikenali sebagai anak angkat kepada Datin Farizah sahaja untuk mengelakkan sebarang kemusyikilan.

Di sana, Syaf bertemu dengan rakan universitinya, Haqimy yang juga merupakan abang sepupu kepada Firash. Pertemuan itu membawa kembali nostalgia mereka semasa belajar. Melihat kepada kemesraan Syaf dan Haqimy, Firash berasa cemburu.

Syaf telah ditugaskan ke Kerteh, Terengganu. Firash memberi persetujuan kerana dia juga bakal menjalani latihan pratikal di tempat Syaf bekerja. Syaf terkejut apabila berjumpa dengan Haqimy yang juga bekerja di situ. Bermulalah pelbagai insiden yang melucukan kerana Haqimy yang tidak mengetahui status sebenar Syaf dan Firash telah mula mengambil berat dan menyayangi Syaf.

Dalam marah dan cemburu kepada Haqimy, Firash mula mengambil hati Syaf. Apabila Syaf mula terharu dengan usaha Firash, dia menerima sepucuk surat misteri yang berbau ugutan beserta VCD yang menunjukkan kemesraan Rania dan Firash. Raina tidak pernah berputus asa untuk menggoda Firash walaupun mereka ialah adik-beradik tiri kerana Firash bakal menjadi waris tunggal harta Datuk Fakhrul.

Firash cuba memberi penjelasan tetapi keadaan bertambah rumit sehingga Syaf meletak jawatan dan menghilangkan diri. Sejak itu, baru Firash sedar akan ego dan sikap kurang matangnya telah mensia-siakan cinta Syaf kepadanya. Bagaimanakah Firash membuktikan kesungguhannya untuk menyayangi dan menjaga Syaf sebagai isterinya?
hot, drama,slot zehra, jumaat, tv3, meletup, Tiz Zaqyah (Syaf), Izzue Islam (Firash / Chad), Qi Qushairi (Haqimy), Uqasha Senrose (Rania), Azlee Khairi (Raimy), Fezrul Khan (Farish), Zuhairi Ibrahim (Datuk Fakhrul), Wilma (Datin Farizah), Marisa Yasmin (Aida), sebenarnya saya isteri dia

Haa? Macam mana? Teruja kan nak tengok. Hehehe. 

Mula-mula nieza ingat Nelydia Senrose yang berlakon jadi Rania tu tapi bila tengok betul-betul muka tu, tak lembut macam Nelydia. Rupanya kakak dia, Uqasha yang berlakon. Hmm. Not bad la tapi boleh tak tetiba tak suka dia dalam drama tu. Huhu. Maknanya dia dah berjaya la bawak watak tu kan. *Haish! Kenapa letak watak jahat nama Rania?! Nape tak letak Tipah ke, Joyah ke >_<*. 

Lagi satu watak Wilma dalam tu agak kaku sikit. Pastu bila dia sebut nama Farish, Firash dengan Syaf tu, rasa macam alahai berbelit je lidah tu. Kesian dia nak sebut nama yang banyak ash, ish, ush. Hoho. Cuba korang sebut.

Ok, korang. Jangan lupa tau tengok drama ni. Drama ni akan ditayang setiap hari Jumaat, Slot Zehra, pukul 9 malam di TV3. (◡ ‿ ◡ ✿)

Pada yang terlepas tengok episod sebelum ni, boleh tengok online kat sini.

~ bye♥ ʕ •ᴥ•ʔ




19 comments:

AyueJean AJ said...

kakak AJ keje kedai buku UM...
DIa cakap novel ni habis stok....
Hampeh..

Farah Waheda Wahid said...

Farah sebab dah baca novel ni la jadinya addicted x sabar nak tunggu macam mana on screen... farah memang x sempat tengok masa tayangan... last weekend tengok online jer...baru 2 episod kan?

Nieyxzha Hassan said...

@AyueJean AJ: wah! Penangan betul! Macam trend plak skang kan buat citer based on novel...masa ni la novel laku berjuta2..pasni nak tulis novel la XD

@Farah Waheda Wahid: dah baca eh? Mesti best kan novel tu...aa..baru tayang 2 episod ^^

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

da dua epissodetertinggal huhu

Isabel Diaz said...

Best cite nie sampaikan saya yang tak minat cite macam nie pun boleh layan time abg dye exciden tu..

deno said...

deno ada tengok baru2 ni... best juga :)

||aLeaSaRa|| said...

slm sis hahahaha ramai gak x nk miss drama ni.so far sy x miss lagi ngee.suka sbb tiz dan izzue sesuai...comel.drama ni ala2 korean ^^

owh sy dh perasan akk nely ni ms tgk setia hjg nyawa lagi(tak slplah).mmg muka nely lg nmpk lembut).

yelah kesian tgk wilma nk menyebut nama ank yg canggih2...cuba beri nama watak tu abu,ali,ahmad kan senang.nama tu pun byk pe sbg org bjaya n korporat. :)

sHikiN niZam said...

Novel nye mmg best..tak sabar nak tgk kemuncaknye...harap2 sama la mcm novel..

Cik Zara said...

laa..cite ni dari novel ke???..haha.. tak tau pon ni baru tau..

Dianaa said...

drama ni besttttt! takut nanti tiba2 miss pula satu episod. nasib baik boleh tengok online :D

izan mama mia said...

akak tak suka laa drama melayu sekarang ..mesti ada kes terlanjur... begitukah melayu sekarang ???

cubalah ketengahkan nilai murni..

Fiza Rahman said...

Tak sabar nak tunggu jumaat ☺☺

Khairul Zamri said...

Macam sedap je :p

IntaNBerliaN said...

teruja pulak baca sinopsis ni.. nanti boleh layan gak cite ni.. :-)

intanfirdaus247 said...

nanti boleh la layan...tgk mcm best je niza cerita eheh...niza sihat? hari bekpes apa??

Amanina said...

dlm proses jugak nk mencari novel tu..memang adore dgn ceta nie :) bestkan

FarhanahAdzlan said...

a'ah bila tengok maknya nak menyebuat rash dan rish tu saya pon bebelit mendengarnya hehe
cite ni memang bestt :)

Haryati Faizal said...

besh citer dia...dh bc dah novel ni

Kisah Si Dairy said...

mebaca best,menonton lagi best...hehe

♥ Designed by ✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ © 2014 | Best view with Google Chrome ♥